Wednesday, September 15, 2010
Monday, September 13, 2010
Apa Itu Tapai?
Tapai adalah salah satu makanan tradisional yang dihasilkan daripada proses penapaian/peragian. Bahan utama proses membuat tapai adalah ragi. Terdapat pelbagai jenis ragi dan ragi yang digunakan dalam pembuatan tapai adalah ragi manis.
Ragi
Tapai biasanya dibuat daripada Ubi Kayu (tapai ubi) atau Beras Pulut (dinamakan tapai pulut). Ramai yang tidak tahu tapai bukan saja enak dimakan begitu saja tetapi ia boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
Contohnya:
a) Tapai Goreng
Tapai ubi/pulut disalut dengan tepung kemudian digoreng.
~Tapai ubi goreng~
b) Tapai & Ais krim
Tapai boleh juga dimakan bersama dengan ais krim. Rasanya sedap masam-masam manis.
~ Tapai Ais-Krim~
c) Tapai santan
Tapai boleh dimakan dengan santan tanpa perlu dimasak santannya. Perah santan bersama air masak.
~ Tapai santan~
d) Tapai cendol
Permulaan Bicara
Selamat datang ke Warisan Keluarga Bonda..
Blog ini dibuat bagi membolehkan pemasaran produk saya iaitu tapai pulut dan tapai ubi. Kami menerima tempahan tapai bagi semua tempat dalam Malaysia. Memandangkan Warisan Keluarga Bonda masih baru, produk yang di tawarkan setakat ini adalah tapai sahaja. Kami akan mempelbagaikan tawaran produk di masa akan datang.
Tempahan di sekitar Johor Bahru, Kota Tinggi dan Ulu Tiram akan di hantar sendiri oleh pihak kami. Manakala luar dari kawasan tersebut akan dihantar melalui pos. Syarat pembelian, cara-cara membuat tempahan dan cara pembayaran adalah seperti tertera di sebelah kanan blog ini.
Pembungkusan adalah dengan 3 cara iaitu :
i) Bungkusan dengan daun getah
ii) Bungkusan dengan daun pisang
iii) Bungkusan Bekas Plastik

Subscribe to:
Posts (Atom)